Out of League

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Pada 18.9.2016 yang lepas kawan aku, Ayu selamat bergelar isteri. Dah dua bulan berlalu baru sekarang aku sibuk nak update dalam blog hehe. Mianhae, sis sibuk kerja sampai takde masa nak tulis blog. Sejak banyak kerja kat office ni, kekangan masa sangat tau! Huhu. Tahniah Ayu dan pasangannya, Arif. Sebagai kawan, aku doakan semoga jodoh kau orang berkekalan sampai Jannah. Dikurniakan anak-anak comel yang akan sentiasa menyenangkan hati ibu bapanya nanti. Dan, semoga menjadi ibu bapa terbaik mendidik anak-anak dengan ilmu agama, in sha Allah.


Paling best, Ayu is the first BFF member who got married first. The first one out of league. So, tahniah la Ayu for the title! Kau patut bangga kot, Ayu! Hahaha. Sorang dah lepas! Tak tahu giliran siapa pulak kahwin lepas ni. But, dia orang dah aim yang kedua turn si Adha dengan BK pulak hahaha. Ok, BK ni I don't who is he. Hal-hal peribadi orang ni aku tak ambil tahu haha. So, just wait and see! Ok, Adha?

 
Ayu and the bridesmaids kecuali yang tudung biru tu, bridesmaid tak jadi last minute. Alhamdulillah, solehah belaka kawan-kawan aku ni hehe.

Aku bukan sengaja ok nak cancel last minute jadi bridesmaid Ayu. There's some issues pasal baju and kain bridesmaid tu. Aku fikir dulu sebelum nak cancel. Yalah, siapa suka orang cancel plans last minute? Buat orang marah ada la. Sebab tu aku tanya kawan-kawan aku dulu. Boleh tak kalau orang lain, adik sepupu ke kawan Ayu ke ganti tempat aku jadi bridesmaid? Aku terangkan pada diorang kenapa aku terpaksa cancel. Alhamdulillah diorang faham situasi aku.

Sepatutnya hari pergi beli kain bridesmaid, aku ikut sekali. But, aku tak dapat pergi sebab kena gastrrik. Kain untuk aku, kena la minta Adha tolong belikan untuk aku dulu. So, yang pergi masa tu adalah Fathin, Kyra, Bakyah dan Adha. Amoy pun tak pergi sebab tuntutan kerja. Dia kena fly kot masa tu. Tak lama lepas tu, Fathin share gambar kain dalam group. Tanya pendapat kitorang yang tak pergi ni sebelum decide nak beli kain yang mana. Kain pertama macam pattern songket sikit. Cantik and jenis straight cut. Kalau pakai tak nampak bentuk. One of my fav cuttings! Hehe. Kain kedua pun canti jugak. Warna pink belacan dengan pattern yang berlainan dari kain pertama.

So, diorang ingat nak beli kain pertama tu 3 helai, kain kedua tu pun 3 helai. Sayangnya kain pertama tu tinggal sehelai aje. Maka dengan itu, terpaksa la beli semua sama, kain kedua tu 6 helai *Kemain aku dengan maka itu haha* Bila kain yang aku kirim dah sampai, aku pun excited la nak try kan. Masa tu la aku baru perasan kain tu jenis cutting duyung. Dah tu kena ketat nampak bentuk ontot pulak tu! Terus patah semangat sis masa tu. Sob sob sob. Kenapa la masa tengok gambar hari tu aku tak perasan langsung kain tu cutting duyung? Kenapa? Kenapa? Punya la confident seorang Parisah Stella reply, "Ok, on beli kain kedua tu." masa diorang tanya dalam group. Ma sha Allah.

Baju bridesmaid pula, Amoy sponsor untuk kitorang *Thank you Syafiqah Zen! Moga murah rezeki selalu* dan sampai beberapa hari sebelum majlis Ayu. Tapi kan, tapi kan... baju tu tak cukup labuh untuk aku. Lagi la aku sob sob sob. Aku ingat kalau kain jenis straight cut boleh pakai dengan baju tu. Rupanya tak! Susah jugak jadi orang tinggi ni hm. #silakuruskanbadansis. Ada jugak cuba cari baju lain yang lebih kurang sama dengan design baju yang Amoy belikan tu. Tapi tak jumpa! Last minute sehari sebelum hari nikah Ayu, mana sempat nak dapat. Berdouble sob sob sob la aku lepas tu. Tapi Allah tu maha mengasihi. DIA tahu rasa tak selesa aku *Terima kasih dengan kasih sayang-MU, Ya Allah* dan membuatkan aku dengan Amoy fikir cadangan yang sama. Cari orang lain ganti tempat aku jadi bridesmaid. Anyone, tak kisah la sesiapa pun. Thank you Amoy sebab memahami rasa tak selesa aku masa tu. Thank you kerana sentiasa memahami. Alhamdulillah adik sepupu Ayu sudi tolong ganti tempat aku. Orangnya kecik, bila pakai baju and kain bridesmaid tu loose nampak cantik aje dengan dia.

Macam tu la ceritanya. Bosannya cerita aku. Kbye!

P/s : Ayu, dah ada anak-anak nanti, jangan kau ajar diorang "ada momok kat situ." Hahaha.